One Morning in Sintokyo


Assalamualaikum dan hai semua. Dah lama tak post entry baru. Okey utk kalini aku nak cerita pasal hiking dekat area uum. Buat utk pengetahuan semua uum byk tempat menarik utk buat aktiviti , contohnya kan ada tempat untuk kayak, go-kart, padang golf dan di tempat uum sendiri ada tempat utk hiking. Tempat tersebut dikenali sbg Bukit Bunga Raya dan terletak lebih kurang di depan uum. Nak jalan kaki pergi  ke bukit pun boleh saja, no hal la. Kalau nak pergi hiking kena pergi awal-awal pagi sbb kalau dah tengahari nanti dah panas beb. Seeloknya pukul 7 tu dah blh start hiking. Nak panjat bukit tu tak lama sgt dan ambil masa kurang lebih 30 minit mcmtu jer. Even penat mendaki tapi hasilnya berbaloi sbb pemandangan dari atas ke bawah amatlah cantik. Mcm ala-ala kat Jepun gitu.Okey tengok gambar bawah, inilah hasilnya setelah berpeluh berlapar hiking pagi buta.









No comments:

Post a Comment